Istilah '
Alah membeli, menang memakai' ini selalu digunapakai apabila kita tercari-cari sesuatu yang ingin dibeli dan barang yang ingin dibeli itu adakalanya agak mahal tetapi berkualiti. Istilah ini saya khususkan utk membeli brg-brg tertentu saja.Yelah mana mungkin dan juga mampu nak miliki semua brg-brg yang mahal berjenama ;) Bak kata orang ukur baju dibadan sendiri, bukan dibadan orang lain yerr..Dengan mengamalkan peribahasa ini,insya Allah hidup kita sentiasa tidak dibelenggu dengan masalah $$$$$$$$$$$$$ ..
Kadang-kadang terliur juga melihat orang lain mampu membeli baju-baju berjenama sedangkan saya baju pasar malam pun saya beli as long as ianya nampak cantek dibadan kiter tak gtuw eh...Tapi bab2 penjagaan muka ni saya sedikit alah, pasti nak beli yang berjenama juga ;p..Saya takkan membeli sesedap rasa main hentam kromo..Maklum wajah/muka adalah aset paling penting.....So tak salah kan sekali sekala..kumpul duet berbulan-bulan nak dapatkan alat makeup yang agak quit expensive sket..:)
Muka cantek untuk siapa??Untuk tatapan suami jugak ;P Oleh itu janganlah kite kedekut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk membeli brg-brg makeup yg agak berkualiti. Bila dah berkualiti ni dan tentulah reganya pun boley tahan jugak yer.........Tapi jangan risau banyak jenama alat makeup yang mampu dimiliki oleh smua orang seperti Maybelline,Loreal,Silky Girl, brand-brand yang banyak didapati kat Watsons tuw.
Baiklah, membebel panjang pun tak guna...Apa kata cik adik,cik kakak, puan-puan makcik semua mai kita sama-sama review dengan alat-alat makeup yang saya pakai...Sangat-sangat best pakai produk-produk kat bawah..Iklan tak berbayar ni, tidak sama sekali ditaja oleh produk-produk dibawah.Hehee..
Dimulai dengan :
Best foundation nie..Sekarang dah jatuh cinta dengan SimplySiti harganya pun berpatutan. Walaupun saya tak berapa minat dengan Dato Siti ni tapi produk die best...Hihhii..
Eyeliner crayon from Estee Lauder & C.Dior
Base Makeup from C.Dior untuk kasi tahan lama kiter punya makeup
Eyeshadow from C.Dior...Bukan tak pernah cuba jenama lain tapi saya memang dah suka dengan ini brand.Antara koleksi yang saya ada..
Compact Powder MAC & SimplySiti
SimplySiti ni 1st time saya pakai..alat makeup nye boley tahan jugak.
Blusher from Mac jugak..saya suka yang mineralized punyer..Brush blusher saya gunakan yang Bodyshop..
Antara foundation kegemaran saya sebab ianya ada SPF
Semua Mascara from Christian Dior & MAC
Last one Lipstick..Saya mempunyai beberapa batang lipstick jek sebab saya nie jenis tak suka bergincu.Bila bergincu muka saya nampak weird semacam..Huhu
Okeh..Dah puas hati semua?? ;)Jadi apa tunggu lagi.Cik adik,cik kakak, puan-puan makcik semua jom pakat-pakat serang caunter makeup.Heeeeeeeeee..Kalau nampak En.Husband ala2 mengeluh panjang gtuw,,bilanglah sama dia "nak i cantik ke tidak ;p Haha ;p Jangan lupa untuk menggunakan alasan tersebut..
Next Entry akan saya kupas mengenai baju-baju berharga RM50 ke bawah tetapi cantik bergaya untuk mereka yang memakai hijjab.